Thursday, February 5, 2015

AKAUNTABILI SEORANG GURU


Pengenalan. Akauntabiliti ialah sifat yang perlu ada pada setiap individu umumnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akauntabiliti dedifinisikan sebagai sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan atau justifikasi yang diperlukan. Ini bermakna akauntabiliti ini merujuk kepada individu atau tindakan yang bakal kita laksanakan. Tanggungjawab di sini bermaksud menjalankan tugas-tugas yang diarahkan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, dapat disimpulkan bahawa akauntabiliti bermaksud menjalankan tugas yang diarahkan dengan baik serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak yang tertentu.
             Kamus Pelajar Edisi Kedua pula mendefinisikan akauntabiliti sebagai sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu serta bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yang diperlukan. Maksud ini hampir sama dengan definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Seterusnya, menurut Ahmad Sarji (2003), akauntabiliti bermaksud obligasi seseorang memberi jawapan dan  penjelasan mengenai tindakan dan prestasinya. Beliau menekankan penjelasan yang perlu diberikan setelah seseorang menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
             Oleh itu, secara umumnya, akauntabiliti bermaksud kewajipan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, individu tersebut haruslah memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Jadi, dalam bahasa mudahnya, akauntabiliti boleh diaggap sebagai amanah yang telah diberikan kepada individu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak ketiga. Di sini, kita dapat lihat betapa pentingnya akauntabiliti terhadap sesuatu profesion bagi memastikan objektif sesuatu bidang dapat dicapai dengan jayanya. Tidak mengejutkan sekiranya objektif sesuatu profesion tidak dapat dicapai sekiranya ahli dalam profesion tersebut tidak mengamalkan profesion ini dengan baik dan jujur.             Sesungguhnya kita tidak menyedari bahawa secara tidak langsung kita semua telah memikul beberapa tanggungjawab atau amanah yang besar dalam satu masa. Sebagai contoh, akauntabiliti boleh wujud apabila kita bergelar seorang pelajar, anak, penganut agama, isteri mahupun seorang pekerja, pendidik khususnya. Mungkin istilah yang digunakan terlalu tinggi sehingga kita tidak menyedari bahawa sifat itu telah wujud dalam diri kita sejak kita mengenal dunia ini lagi. Sebagai contoh, tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar dapat dilihat apabila kita belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh  pensayarah. Secara tidak langsung, kita telah menjalankan amanah yang diberikan mengikut peraturan ynag telah ditetapkan.
 Akauntabiliti Guru terhadap Masyarakat dan Negara Bagi Menjamin Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara Seperti yang Digariskan dalam Kod Etika Perguruan Berdasarkan kepada petikan ucapan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Haji Mohd Yassin pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2013 tersebut, dapatlah dikatakan bahawa guru merupakan seseorang yang sangat dipandang tinggi dan mulia oleh ibu bapa dan masyarakat tambahan lagi di negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Hal ini adalah kerana tugas dan amanah yang dipikul oleh seorang guru sangatlah berat dan sukar serta memerlukan komitmen dan motivasi yang tinggi dalam diri guru sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam kod etika keguruan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut (Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon, 2013) :i.              Niat yang betul
ii.             Perlakuan yang baik
iii.            Pengerak ke arah kebaikan
iv.           Memperkotakan apa yang dikatakan
v.            Berdisiplin dan beradap
vi.           Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
             Menurut Mok Soon Sang (2001), pada masa kini, masyarakat perindustrian yang maju dalam teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat. Oleh itu, sekolah juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan. Ini bermakna sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan kualiti murid serta membawa pembaharuan semasa. Di Malaysia, sekolah ditubuhkan bertujuan memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat ialah melahirkan pelajar-pelajar mengikut keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara.
Justeru itu, tugas guru semakin bertambah dari semasa ke semasa dalam mendidik anak bangsa mengikut perubahan zaman bagi melahirkan masyarakat yang maju dan berkualiti. Guru sebagai tonggak utama sesebuah sekolah perlu sentiasa bersedia memikul sebarang amanah yang diberikan di samping meningkatkan ilmu pengetahuan dan prestasi agar menghasilkan generasi yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.
 Seperti yang dinyatakan oleh Mok Soon Sang (2001), guru-guru yang berpengalaman dan berdedikasi mampu menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan berkesan. Motivasi guru sememangnya mampu mendorong pelajar-pelajarnya ke arah pencapaian yang tinggi. Di bawah bimbingan guru yang baik, pelajar pastinya akan maju dalam pelajaran mereka. Ini bermakna, guru yang berdedikasi juga merupakan agen perubahan yang penting dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya.
 Akauntabiliti Guru terhadap Masyarakat Sejak dahulu sehinggalah kini, guru sentiasa menjadi ikon terbaik dalam kalangan masyarakat. Guru sentiasa diberi perhatian oleh masyarakat sekeliling tidak kiralah di kampung mahupun di bandar. Justeru itu, guru perlu menjaga nama baik profesionnya agar terus menjadi ikon terbaik masyarakat.
             Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menggariskan beberapa panduan tatasusila dalam Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia (2005) mengenai tanggungjawab guru terhadap masyarakat. Antaranya adalah, guru hendaklah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Sebagai guru, ilmu pengetahuan yang disampaikan mestilah benar, tepat serta menepati sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh KPM. Segala pengetahuan tambahan yang mana tidak terkandung di dalam sukatan yang ditetapkan mestilah bersesuaian dengan tahap sosial dan perkembangan pelajar serta berguna kepada kehidupan seharian mereka. Manakala, pengetahuan yang tidak benar, tidak sesuai serta menyimpang jauh daripada prinsip-prinsip Rukun Negara terutamanya, adalah sangat dilarang kerana ianya akan membawa keburukan kepada pelajar dan masyarakat serta negara.
 Selain itu, guru perlu memupuk sikap dan nilai murni dalam diri setiap pelajar yang mana ianya boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna serta menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum bertepatan dengan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak. Di samping itu, guru perlu menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Perkara ini sangat penting bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat serta memperlihatkan kredibiliti guru serta pandangan positif mereka terhadap guru.
 Sebagai seorang pemimpin, guru haruslah menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat serta memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Guru perlu sentiasa bersedia membantu dan menyumbangkan tenaga apabila ibu bapa mahupun masyarakat memerlukannya pada bila-bila masa dan dimana jua. Sebarang masalah yang timbul haruslah dibawa berbincang dan bersama-sama mencari penyelesaiannya. Guru sentiasa menjadi perhatian masyarakat, maka segala perlakuan guru dilihat oleh masyarakat sekeliling. Maka, guru seharusnya berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik supaya menjadi contoh teladan kepada mereka.  Guru perlu memainkan peranan dengan meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam perlaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat serta menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan masyarakat. Akauntabiliti Guru terhadap Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
 Matlamat Pendidikan Negara1.    Malahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
2.    Percaya dan patuh kepada Tuhan.
3.    Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia dan berktrampilan.
4.    Berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara.
5.    Setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.
 Tujuan Pendidikan Negara.
1.    Membentuk peribadi warganegara yang seimbang.
2.    Memberi fahaman individu tentang alam sekeliling dan tingkah laku manusia.
3.    Membentuk pekerja yang positif, cekap dan bertanggungjawab.
4.    Membentuk individu yang boleh menerima dasar demokrasi.
5.    Membentuk individu yang berdaya usaha.
6.    Membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup.
 Guru bertanggungjawab mendokong perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta melaksanakan tanggungjawab tersebut sesuai dengan apa yang digariskan dalam FPK. Hal ini sangat penting bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan luas serta berkualiti dari segala aspek seperti yang terkandung dalam FPK. Guru juga perlu sentiasa menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara seperti yang dinyatakan berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
    Kesan Akauntabiliti Guru terhadap Masyarakat dan Negara Akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara telah dibincangkan dengan teliti. Justeru, seorang guru diharapkan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan supaya segala matlamat yang ditetapkan sama ada matlamat ibu bapa, masyarakat atau negara mahupun matlamat guru itu sendiri, tercapai dengan baik dan sempurna. Beberapa kesan akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara telah dikenal pasti sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Kesan positif terhadap masyarakat yang merangkumi ibu bapa dan komuniti sekeliling berlaku apabila guru menjalankan akauntabilitinya dengan baik. Antaranya, kesan terhadap guru itu sendiri. Profesion keguruan akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Masyarakat akan sentiasa menghormati dan menyanjung kerjaya seorang guru kerana segala tanggungjawab yang dipikul oleh guru adalah sangat berat dan mencabar serta murni. Selain itu, kesan terhadap hubungan guru dengan masyarakat. Hubungan guru dan masyarakat menjadi semakin erat dan akrab. Hal ini akan memberi kelebihan kepada guru untuk menjalankan segala aktiviti berbentuk pendidikan mahupun sosial dan sebagainya kerana masyarakat sentiasa menyokong dan mudah memberi sumbangan ketika guru memerlukan.
 Di samping itu, guru yang menjalankan akauntabilitinya akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan kemajuan dalam kehidupan agar menjamin masa depan yang cemerlang. Masyarakat juga yakin dengan kredibiliti seorang guru bagi mendidik anak bangsa mereka menjadi generasi yang berkualiti dan berfungsi bagi menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara. Negara sangat bertuah mempunyai guru yang sangat berdedikasi terhadap kerjayanya tanpa mengira balasan dan ganjaran. Guru seperti ini mampu melahirkan generasi yang cemerlang dan berdaya saing serta sentiasa berusaha memajukan negara.  Walau bagaimanapun, kesan negatif akan berlaku sekiranya seorang guru mengabaikan akauntibilitinya terhadap ibu bapa, masyarakat dan negara. Antara kesan-kesannya adalah guru tidak akan dihormati dan dipandang rendah oleh masyarakat. Selain itu, ibu bapa pelajar tidak yakin untuk menyerahkan anak mereka di bawah jagaan guru kerana dikhuatiri anak mereka akan diabaikan dan sebagainya. Di samping itu, ibu bapa juga tidak akan mempercayai guru dalam apa jua aspek sama ada didikan dan pelajaran mahupun sikap dan amanah yang diberikan kepada guru.
             Kesan seterusnya adalah terhadap masyarakat. Hubungan yang erat dan mesra tidak dapat dijalin antara guru dengan masyarakat akibat guru tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sehingga guru tersebut tidak dikenali. Hal ini menyebabkan guru sukar mendapat sokongan dan kerjasama daripada komuniti sekeliling dalam aktiviti di luar sekolah. Selain itu, masyarakat akan menjadi mundur daripada segala aspek terutama aspek intelek, rohani, jasmani, dan emosi kerana guru tidak mampu menjana pemikiran dalam usaha mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat. Maka, pelbagai masalah akan timbul seperti masalah sosial, ekonomi dan sebagainya kesan daripada ketidakberhasilan guru memupuk nilai murni dan nilai perpaduan dalam diri pelajar.
 Negara turut terkesan dengan pengabaian akauntabiliti oleh guru. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang selama ini menjadi panduan pendidikan negara tidak tercapai akibat sikap guru yang tidak berpegang teguh dengan akauntabilitinya sebagai seorang guru. Semua perkara yang digariskan dalam Matlamat Pendidikan Negara juga tidak akan tercapai dan seterusnya mengakibatkan negara kekurangan generasi yang mampu memacu negara ke arah kecemerlangan di persada dunia. Namun, lebih teruk lagi, prinsip Rukun Negara juga tidak akan dicapai oleh setiap warganegara kerana generasi yang dilahirkan oleh guru tersebut tidak mempunyai jati diri serta tiada semangat cintakan tanah air.
 Penutup
Guru mampu memahami tanggungjawabnya yang sebenar apabila guru itu sendiri memahami prinsip akauntabiliti. Penghayatan akauntabiliti haruslah dilakukan dengan sepenuh hati kerana dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap diri sendiri. profesion keguruan, pelajar, sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara. Akauntabiliti dalam diri seseorang guru dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu sentiasa muhasabah diri serta benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh setiap individu bergelar guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka ia tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara.
                           Tugasan Individu (Tugasan 2) Kejayaan Murid Kebahagiaan GuruMohamad AbdullahAkhbar Utusan Malaysia, 17.05.2014 (http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140517/re_01/Kejayaan-murid-kebahagiaan-guru)
 Pengenalan
 Sejak negara mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu, pelbagai dasar pendidikan telah diperkenalkan. Bermula daripada Laporan Razak pada tahun 1956 sehingga kini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, semuanya menuju ke arah matlamat yang sama iaitu memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan negara. Untuk mencapai hasrat tersebut, pihak sekolah berusaha secara berterusan menambahbaik pencapaian murid seperti mana piawaian yang telah ditetapkan. Antaranya, terbit sebuah dokumen dipanggil Standard Guru Malaysia.  Dokumen tersebut menekankan kepentingan negara untuk melahirkan guru cemerlang dalam usaha kerajaan membangunkan modal insan kelas pertama bagi mencapai status negara maju pada tahun 2020 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Ulasan Artikel
 “Guru-guru berupaya mencetuskan satu sudut pandang hidup yang dipegang dan kekal dalam kehidupan kita dengan cara tersendiri. Mungkin ketika itu bukan atas nama inovasi dan kreativiti, tetapi atas nama keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan melalui tindakan dan cara yang berbeza dalam membentuk pemikiran baharu.Lihat sahaja guru-guru bersara yang berada di sekeliling kita, yang dengan bangga bercerita tentang kejayaan pelajarnya. Kejayaan pelajar adalah kepuasan luar biasa bagi diri mereka”  “Hari ini, zaman telah jauh berubah. Pe­ranan guru-guru bukan sahaja mengajar malah juga sebagai fasilitator dan pembim­bing sekali gus rakan luar biasa kepada pelajar, di sekolah rendah mahupun menengah”
“Guru bukan sahaja membuka ruang fikir dan perubahan set minda anak-anak hari ini, malah perlu mencetuskan kaedah, pengalaman dan inovasi baharu dalam mendidik dan membawa mereka ke mercu kejayaan. Sekali gus perlu berusaha bersama-sama menggerakkan kreativiti untuk membuka pemikiran baharu yang lebih bebas selaras dengan perkembangan teknologi dan lebuh raya maklumat masa kini.”“Guru bukan lagi meluahkan apa yang ada dalam buku teks atau semata-mata melihat kepada kurikulum untuk dihabiskan tetapi seharusnya berupaya menggerakkan pemikiran-pemikiran yang dapat membo­lehkan anak-anak muda kita bermain de­ngan inovasi dan kreativiti ke arah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.”
© Utusan Melayu (M) Bhd © Utusan Melayu (M) Bhd 
Kesemua petikan di atas merupakan cebisan daripada jutaan kisah guru yang dipetik daripada Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa kepuasan dan kejayaan bagi seseorang guru terletak kepada kejayaan para pelajar walaupun tahun dan zaman silih berganti, cita-cita dan harapan seseorang guru tetap cita-cita dan harapan yang sama. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Lantaran itu, sewajarnya jasa dan pengorbanan para guru dihargai. Guru juga memikul beban melahirkan pelajar berilmu dan berkebolehan sekaligus bersedia untuk mewarisi perjuangan serta menyumbang kepada pembangunan negara. Sepanjang pengalaman saya menjadi guru selama 11 tahun, banyak kisah dan pengalaman yang membuktikan bahawa guru merupakan agen penyumbang kepada kejayaan murid dan sekolah. Contoh yang jelas adalah seperti mengadakan kelas tambahan atau kelas intensif kepada murid. Di sekolah saya sendiri, saya menyaksikan bagaimana para guru berkorban masa, tenaga dan wang ringgit kerana sekolah saya terletak di sebuah kampung pedalaman manakala  kebanyakkan guru tinggal berjauhan dari sekolah sehingga ada yang terpaksa berulang alik sejauh 60km sehala dari sekolah. Namun begitu, saya melihat kecekalan dan kesungguhan para guru datang kesekolah pada waktu cuti hujung minggu mahupun cuti panjang semata-mata untuk mengajar kelas tambahan kepada murid-murid tanpa sebarang bayaran itensif daripada mana-mana pihak. Guru-guru juga sanggup mengajar lebih masa di luar waktu persekolahan seperti pada waktu petang dan malam demi memastikan kejayaan murid dan meningkatkan prestasi sekolah selaras dengan harapan dan saranan kerajaan.
 Tambahan lagi, adakalanya sering juga guru-guru terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk bahan-bahan edaran, lembaran kerja bahkan kepada hadiah-hadiah peneguhan kepada murid. Namun begitu, pada pandangan saya tidak dapat dinafikan juga  faktor kejayaan sesebuah sekolah bukan sahaja terletak di bahu guru semata-mata tetapi terdapat juga beberapa faktor yang lain seperti sifat tanggungjawab dalam diri seseorang pelajar juga merupakan faktor yang amat penting bagi menentukan kejayaannya. Seorang pelajar yang bertanggungjawab tahu kewajipannya sebagai seorang pelajar. Dia akan memberi sepenuh perhatiannya kepada pengajaran guru di kelas dan bertanya jika dia tidak faham serta  mengulangkaji pelajaran secara konsisten.
 Disamping itu, dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, peranan kepimpinan sekolah juga sering dijadikan fokus utama. Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial, fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan mereka berpendapat peranan pentadbir khasnya guru besar atau pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang signifikan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3COyjCeep )



Hal ini bertepatan mengikut kajian sebuah jurnal Kurikulum dan Kajian Asia Pasifik (Januari 2004, Bil. 2 Isu 1) pula, faktor penyumbang bagi kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada 3 faktor iaitu guru, sekolah dan murid.
 Kerangka kajian ini adalah sebuah kerangka teoretikal yang dibangunkan oleh Odden, Borman, dan Fermanich (2004). Pemilihan kerangka ini disebabkan penekanan kepada teori pembelajaran dan motivasi adalah faktor utama penyumbang kejayaan dalam kalangan murid adalah guru (Vygitsky, 1978). Kerangka teoritikal Odden et al. (2004) mengandaikan wujudnya perkaitan rapat antara keberkesanan pengajaran guru dengan pencapaian murid. Selanjutnya, kerangka ini mengandaikan bahawa setiap pemboleh ubah bagi faktor sekolah, guru dan murid adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain (Raudenbush & Bryk, 2002). Berikut adalah Rajah 1 yang menggambarkan kerangka kajian ini.                     
Berdasarkan daripada kerangka teoritikal Odden et al. (2004), dapatlah disimpulkan bahawa sekolah merupakan sebagai sebuah sistem sosial, mempunyai perancangan yang tersusun ke arah matlamat yang ditetapkan. Pencapaian matlamat organisasi sekolah pula perlulah selaras dan releven dengan pencapaian matlamat individu dalam organisasi sekolah. Kepimpinan guru juga merupakan satu proses penambahbaikkan terhadap pengurusan dan perjalanan sekolah ditambah juga dengan faktor kesungguhan dan pencapaian murid. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif perlu untuk melaksanakan tugas perguruan dengan cara yang lebih baik dan berkesan disamping meningkatkan faktor kepimpinan untuk menggapai kejayaan sesebuah sekolah.
     Penutup Sebagai rumusannya, walau apapun faktor yang dinilai dalam mengukur sesebuah kejayaan, kita tidak dapat nafikan bahawa hakikat kejayaan sebenar adalah bersifat subjektif yang membawa pengertian yang sangat besar.  Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Allah SWT berfirman yang bermaksud:- “Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Surah al-Mukminun: Ayat 115) Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif tersendiri.                     BIBLIOGRAFI Buku
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep, implikasi dan cabaran.2003.  Ahmad Sarji. Utusan Publications and Distributors.
Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. (2013). Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia.
Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia. (2005). Kementerian Pelajaran Malaysia.
 JurnalPendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam MataPelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Mok Soon Sang (2001) dalam Zainudin Bin Abu Bakar & Nor Hisham Bin Muhamad Nor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
 Jurnal Kurikulum dan Kajian Asia Pasifik. (Januari 2004, Bil. 2 Isu 1). Harapan Murid Bermasalah Terhadap Pengajaran Guru : Satu Kajian Awal di Sebuah Negara Maju.
 Odden, Borman & Fermanich. (2004). Assesing Teacher, classroom and school effects,
including fiscaleffects. Peabody Journal of Education, 79(4), 4-32  Internet
 Kejayaan Murid Kebahagiaan Guru. (2014). Mohamad Abdullah.  Akhbar Utusan
Pengetua Teraju Kejayaan Sekolah. (2011). Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Dipetik pada 31

Berdasarkan daripada kerangka teoritikal Odden et al. (2004), dapatlah disimpulkan bahawa sekolah merupakan sebagai sebuah sistem sosial, mempunyai perancangan yang tersusun ke arah matlamat yang ditetapkan. Pencapaian matlamat organisasi sekolah pula perlulah selaras dan releven dengan pencapaian matlamat individu dalam organisasi sekolah. Kepimpinan guru juga merupakan satu proses penambahbaikkan terhadap pengurusan dan perjalanan sekolah ditambah juga dengan faktor kesungguhan dan pencapaian murid. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif perlu untuk melaksanakan tugas perguruan dengan cara yang lebih baik dan berkesan disamping meningkatkan faktor kepimpinan untuk menggapai kejayaan sesebuah sekolah.
     Penutup Sebagai rumusannya, walau apapun faktor yang dinilai dalam mengukur sesebuah kejayaan, kita tidak dapat nafikan bahawa hakikat kejayaan sebenar adalah bersifat subjektif yang membawa pengertian yang sangat besar.  Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Allah SWT berfirman yang bermaksud:- “Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Surah al-Mukminun: Ayat 115) Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif tersendiri.                     BIBLIOGRAFI Buku
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep, implikasi dan cabaran.2003.  Ahmad Sarji. Utusan Publications and Distributors.
Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. (2013). Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia.
Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia. (2005). Kementerian Pelajaran Malaysia.
 JurnalPendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam MataPelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Mok Soon Sang (2001) dalam Zainudin Bin Abu Bakar & Nor Hisham Bin Muhamad Nor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
 Jurnal Kurikulum dan Kajian Asia Pasifik. (Januari 2004, Bil. 2 Isu 1). Harapan Murid Bermasalah Terhadap Pengajaran Guru : Satu Kajian Awal di Sebuah Negara Maju.
 Odden, Borman & Fermanich. (2004). Assesing Teacher, classroom and school effects,
including fiscaleffects. Peabody Journal of Education, 79(4), 4-32  Internet
 Kejayaan Murid Kebahagiaan Guru. (2014). Mohamad Abdullah.  Akhbar Utusan
Pengetua Teraju Kejayaan Sekolah. (2011). Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Dipetik pada 31

1 comment:

  1. TITIAN ART-ING - The Art Of The Toto - The Toto
    Toto's titanium welder Toto is race tech titanium a titanium rings fusion of metal, micro hair trimmer light and grace with the spirit of music and grace that has inspired this band's titanium powder career. The Toto logo

    ReplyDelete